Definisi Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis adalah pertimbangan sesuatu idea dengan cara menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah. Melalui pemikiran kritis, seseorang dapat mencari kebenaran dengan mengasingkan perkara yang dianggap silap dan mengenepikannya.Apabila kebenaran diperoleh seseorang dapat membuat keputusan dengan tepat dan tindakan yang wajar boleh diambil. Seseorang dapat mencari kelemahan, kesilapan dan kesalahan pada cara-cara berfikir seseorang dan cadangan yang dikemukakan apabila berfikir secara kritis. Pemikiran kritis adalah bersifat terbuka kerana pemikiran ini menerima sesuatu idea dan berupaya untukmempertimbangkan idea tersebut dengan analisis secara kritisdari pelbagai sudut dan aspek.
Ciri-ciri Pemikiran Kritis :
- mempertimbangkan baik buruk sesuatu dahulu
- berfikir secara mendalam dan member pertimbangan yang serius tentang sesuatu
idea
- bersifat reaktif, penilaian,analisis dan logik
- penghujahan adalah aspek yang diutamakan dalam pemikiran kritis iaitu cara-cara
Kebaikan Pemikiran Kritis :
- bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan
- sensitif dan prihatin
- berjiwa besar, yakin dan berani
- lebih berhemah dan bertanggungjawab
- ketahanan diri dan harga diri yang tinggi
- tidak mudah dipengaruhi
Definisi Penyelesaian Masalah
Menyelesaikan masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kritis dan kreatif, mencari idea-idea alternative dan langkah-langkah tertentu untuk mengatasi halangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan mengkaji dan meneliti bagaimana masalah boleh terjadi, cara penyelesaiannya dan seterusnya mengambil keputusan terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. Secara ringkas, menyelesaikan masalah merupakan keupayaan menggunakan minda untuk mencari idea dan langkah-langkah alternative untuk mengatasi kekurangan atau halangan yang ada untuk mencapai objektif yang dihasratkan.
Bentuk-bentuk Penyelesaian Masalah
1) Penyelesaian masalah secara saintifik
- penyelesaian masalah secara saintifik merupakan satu kaedah yang
mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang sains sama ada biologi, kimia
ataupun fizik, kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik secara analitis dan
kreatif untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional
dan bertanggungjawab berkaitan dengan isu saintifik dalam kehidupan harian.
2) Penyelesaian masalah secara kritis dan logik
- penyelesaian secara kritis merupakan pemikiran yang berpusat kepada
argumen, memeberi hujah dan mencari kebenaran.
- pemikiran logik mementingkan maklumat dan fakta dimana setiap kesimpulan
yang dibuat adalah berdasarkan kepada fakta dan maklumat yang dapat
dibuktikan sahaja.
- pemikiran logik berperanan untuk mengenal pasti apa yang betul dan salah.
- penyelesaian secara logik digunakan untuk mencari kaitan sebab akibat,
membuat kesimpulan atau deduksi dan mempertahankan hujah.
3) Penyelesaian masalah secara kreatif atau lateral
- tidak terus menggunakan kaedah pertama yang didapati.
- cuba fikirkan apakah cara-cara yang mungkin digunakan oleh orang lain
seandainya masalah itu berlaku pada mereka.
- tidak bersifat defensif terhadap masalah itu.
- minta pendapat orang lain yang tidak selalu terlibat dengan masalah.
- biasakan dengan tabiat mengeram idea-idea untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
- yakin pada diri dan idea sendiri.
- gunakan peta minda.
- biasakan diri dengan tabiat sengaja mencari-cari pelbagai masalah yang ada
di sekeliling kita.
di sekeliling kita.
4) Penyelesaian masalah secara Islam
- penyelesaian masalah secara Islam terbahagi kepada tiga pendekatan, iaitu
pendekatan tauhid, pendekatan hukum dan pendekatan sufi.
- pendekatan tauhid mampu menyelesaikan masalah ontologi, iaitu tentang
hakikat Tuhan, alam dan manusia
- pendekatan hukum merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional
dan intelektual. Hukum-hukum seperti hukum ibadat, munakahat, jinayat,
hudud dan sebagainya.
- pendekatan sufi dianggap bersifat moral, lembut dan spiritual.
- penyelesaian masalah melalui pendekatan sufi memerlukan kefahaman tiga
perkara asas, iaitu hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian.



