Kepentingan pengurusan maklumat dan pembelajaran
sepanjang hayat
sepanjang hayat
· Bantu individu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan kerjaya mereka
· Membantu organisasi dalam memperbaiki keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki komunikasi antara pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan cekap
· PSH ialah suatu proses pencarian ilmu pengetahuan samada untuk kegunaan peribadi atau golongan professional yang berlaku sepanjang masa, bersifat sukarela dan atas motivasi kendiri.
Definisi pengurusan maklumat
· Data ialah fakta yang belum diproses.
· Maklumat ialah data yang diproses.
· Pengetahuan ialah maklumat yang disahkan.
· Maklumat juga adalah data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna
· Ciri-ciri maklumat:
§ Relevan
§ Boleh dipercayai
§ Boleh difahami
§ Lengkap
§ Tepat pada masa
§ Membantu mengurangkan ketidakpastian
· Makumat ialah pengetahuan yang diperoleh menerusi proses mengetahui atau mengumpul maklumat yang akan mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia di sekeliling kita.
Konsep literasi maklumat
· Literasi bermaksud celik/ berpengetahuan, keupayaan mencari dan menggunakan maklumat
· Seseorang yang celik maklumat seharusnya mampu mengakses sumber maklumat dengan cekap dan mampu menilai maklumat
· Maklumat tersebut harus disintesis dan dipersembahkan dalam cara baru untuk menyelesaikan masalah kehidupan sebenar
· Seseorang mesti berupaya mengenal pasti bila maklumat diperlukan dan berkeupayan mengesan, menilai, dan menggunakan dengan berkesan maklumat yang diperlukan itu
· Individu yang celik maklumat tahu:-
§ Mencari pengetahuan
§ Menyusun maklumat
§ Mengguna maklumat menyelesaikan permasalahan
§ Menyampaikan maklumat yang dapat difahami
· Orang yang celik maklumat harus berkebolehan dalam:
§ Menggali
§ Mentafsir
§ Mencipta idea-idea baru
Piawaian Literasi maklumat
Piawaian Literasi maklumat
a. Akses
Ø Definisi/mengenal pasti keperluan maklumat
Ø Memutuskan untuk berbuat sesuatu bagi mencari maklumat
Ø Menyatakan & definisi keperluan maklumat
Ø Memulakan proses pencarian
Ø Mengenal pasti & menilai sumber-sumber maklumat berpotansi
Ø Hasilkan strategi pencarian
Ø Mengakses sumber-sumber maklumat terpilih
Ø Memilih & mendapatkan semula maklumat yang dikesan
b. Penilaian
Ø Analisis, periksa dan ekstrak maklumat
Ø Buat tanggapan umum dan mentafsirkan maklumat
Ø Pilih dan sintesis maklumat
Ø Nilai ketepatan dan kerelevaan maklumat yang didapatkan semula
Ø Susun kategori maklumat
Ø Kelompok dan susun maklumat yang telah diperoleh
Ø Tentu maklumat mana yang terbaik dan paling berguna
c. Penggunaan
Ø Cari cara-cara baru untuk berkomunikasi, mempersembah dan menggunakan maklumat
Ø Guna maklumat yang telah diperoleh
Ø Belajar / mendalami maklumat sebagai pengetahuan peribadi
Ø mempersembah produk maklumat
Ø faham penggunaan beretika maklumat
Ø hormat perundangan berkaitan penggunaan maklumat
Ø memperkatakan tentang produk pembelajaran dengan mengiktiraf harta intelek
Ø guna pawaian gaya pengiktirafan yang relevan
Pembelajaran sepanjang hayat
· PSH ialah:
§ pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi/professional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi kendiri
§ pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan
§ Mengupayakan individu menguasai ilmu
§ Menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat
§ Meluasi pengalaman hidup
· Keperluan belajar menyebabkan seseorang menghadapi perubahan dalam setiap peringkat kehidupan
· Memenuhi kehendak sosial dan ekonomi sezaman yang memaksa individu menjadi aktif untuk kebaikan diri sendiri
· Proses sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan , pembangunan diri dan pembelajaran
· PSH boleh dilaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks berikut iaitu:
§ Home schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah
§ Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran dan sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya
§ Pendidikan lanjutan yang berkonsep formal dan dijalankan di institusi pengajian tinggi
§ Latihan dalam perkhidmatan yang berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalui bengkel / kursus yang dianjurkan oleh organisasi
§ Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasakan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian
· Objektif pembelajaran menjurus kepada usaha melahirkan manusia yang menghayati agama, bermaruah, menghargai akal, nyawa, dan harta.
Literasi Maklumat dan PSH
· Penguasaan literasi maklumat memastikan kelangsungan hidup setiap individu
· Penguasaan maklumat semasa dan terkini untuk membolehkan kita bersaing dalam era maklumat tanpa sempadan
· PSH boleh dilakukan oleh seorang individu tanpa perlu menguasai literasi maklumat terlebih dahulu namun sebaliknya literasi maklumat akan wujud hanya setelah PSH dilakukan.
· Literasi maklumat adalah sejenis kemahiran yang membolehkan seorang individu menguasai proses pembelajaran dan hanya proses pembelajaran yang berterusan akan membolehkan perolehan maklumat yang semasa dan terkini.
Model pembelajaran sepanjang hayat
HARI PENDIDIKAN NASIONAL


