Konsep kepimpinan dari perspektif Islam
- Kepimpinan merupakan satu tanggungjawab suci yang dipikul oleh seorang hamba Allah dan seorang
khalifah Allah di bumi untuk membawa manusia lain kepada matlamat hidup yang sesuai dengan
kehendak Allah.
Konsep kepimpinan Barat
- Kepimpinan menurut perspektif barat adalah berorientasikan keadaan yang berubah-ubah dan memberi
fokus kepada pencapaian matlamat semasa dalam semua aspek kehidupan.
- Kepimpinan bergantung kepada situasi.
Sifat-sifat yang perlu ada untuk menjadi pemimpin:
a. pintar
b. mempunyai keyakinan yang tinggi
c. karisma
d. azam yang kuat
e. mempunyai kemahiran social
f. integrati
Teori Kepimpinan
Teori Tret
1. Teori ini berasakan andaian bahawa pemimpin mempunyai tret atau sifat tertentu seperti kepintaran
tahap keyakinan diri dan lain-lain lagi.
2. Teori tret ini mengatakan bahawa pemimpin boleh dikenali melalui tret atau sifat yang ada pada mereka.
3. Antara sifat berikut ialah:
a. mempunyai keupayaan mengembangkan estim kendiri pengikut dan diri pemimpin sendiri.
b. pemimpin hendaklah mempunyai semangat dalaman bahawa dia seorang yang berorientasikan
pencapaian objektif organisasi.
c. mampu dan sentiasa membuat tinjauan tentang peluang.
d. mempunyai kawalan diri dalaman
e. mempunyai orientasi kearah pembaikan.
f. bersiikap optimis.
g. mempunyai sifat penggalak.
h. sifat toleransi terhadap perkara yang kurang pasti.
i. member motivasi kepada anggota pasukan yang lain.
Teori Langkah Laku
1. Teori ini mengutamakan idea bahawa tingkah-laku pemimpin semasa berinteraksi dengan pengikutnya
adalah penentu kepada keberkesanan pemimpin.
2. Terdapat tiga gaya pemimpinan:
a. Gaya Autokratik
b. Gaya Demokrasi
c. Gaya Laissez-faire
Teori Kontigensi
1. Teori ini menganjurkan bahawa gaya pemimpinan yang berkesan dalam sesuatu keadaan mungkin tidak
sesuai atau berjaya bagi keadaan yang lain.
2. Teori Kontigensi yang terkenal adalah seperti berikut:
a. Teori Kontigensi Fiedler
b. Teori Laluan Matlamat
Teori Kontemporori
1. Teori-teori baru yang muncul bukan sahaja menjelaskan kandungan kepimpinan bahkan memberikan
penjelasan tentang kepimpinan sebagai satu prosess.
2. Terdapat tiga teori kepimpinan Kontemporari iaitu :
a. Teori Kognitif
b. Teori karismatik
c. Teori Kepimpinan Transaksi dan Transformasi
Prinsip Kepimpinan (Perspektif Barat)
1. Prinsip kepimpinan adalah satu huraian yang merupakan garis panduan asas apabila pemimpin hendak
melaksanakan fungsi mereka.
2. Antara huraian ialah:
a. memahami diri anda sebagai pemimpin
b. menguasai kemahiran teknikal
d. berupaya menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan cekap
e. memberi contoh yang boleh diikuti
d. fahami anggota pasukan, kesediaan mereka memberi sumbangan dam pastikan anda mengambil
berat kebajikan mereka.
e. pastikan anggota diberikan maklumat apabila perlu
f. wujudkan hubungan manusia berasaskan rasa hormat satu sama lain
g. pastikan anggota faham akan langkah-langkah mencapai matlamat
h. memberi peluang latihan kepada anggota sebagai sebuah pasukan
Prinsip Kepimpinan (Perspektif Islam)
1. Kepimpinan bagi orang Islam bergerak dalam paradigma yang berteraskan kepercayaan yang sepenuh
penyerahan kepada Pencipta, yakni Allah S.W.T.
2. Antara prinsip ialah:
a. kepercayaan dan pengabdian penuh kepada Allah.
b. kepimpinan adalah pelaksaan amanah dan risalah.
c. memberikan, memperlihatkan dan berkongsi hala tuju ataupun wawasan dengan organisasi dan
pengikut mereka.
d. peranan utama dalam mencorakkan dan mengekalkan budaya organisasi mereka.
e. berperanan mewujudkan gaya mapan organisasi untuk jangka panjang.
f. menyediakan peluang dan mengalu-alukan pandangan yang membina.
g. pemimpin memulakan, memimpin dan mengawal perubahan ddemi mencapai objektif yang
ditetapkan.
h. mempunyai nilai-nilai murni kepimpinan.
Fungsi Pemimpin
- Kepimpinan yang berfungsi adalah tonggak utama keberkesanan organisasi.
- Terdapat tiga komponen fungsi kepimpinan.
Pembangunan Kepimpinan Melalui Kerja Berpasukan
Konsep Kerja Berpasukan
- Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan yang unik tapi kreatif.
- Ini adalah kerana pendekatan kerja berpasuakan mengenal pasti segala kekuatan dan kelebihan kesemua
ahli, mengembleng segala element positif dan mengabungkannya sebagai satu punca tenag yang baru.
Teori Kerja Berpasukan
- Teori Belbin
- Teori Hirarki Keperluan Masslow
- Teori X dan Teori Y
1. Peranan pasukan ialah kecenderungan untuk bertindak, memberi kerjasama dan berinteraksi dengan
orang lain dengan sesuatu gaya atau cara yang tertentu.
2. Terdapat 9 peranan yang telah terkenal :
3. Kesemua peranan mesti mempunyai keseimbangan antara setiap peranan dalam memberi sumbangan kepada pasukan.
3. Kesemua peranan mesti mempunyai keseimbangan antara setiap peranan dalam memberi sumbangan kepada pasukan.
Teori X dan Teori Y
1. Secara asasnya Teori X dan Teori Y ini menerangkan dua pandangan yang bertentangan di tempat kerja
yang akan mempengaruhi cara pengurusan.
2. Teori X à berkaitan dengan pandangan tradisi mengenai arahan dan kawalan.
3. Teori Y à lebih menjurus kepada tenaga kerja yang boleh bekerja sendiri tanpa arahan.
4. Pada masa kini, Teori X dan Y dikritik sebagai ketinggalan zaman dan melambangkan dua pelakuan yang
melampau atau ekstrem.
5. Teori ini adalah salah satu dari teori perkembangan pasukan yang paling baik dan menjadi asas kepada
pembentukan teori lain.
Kelebihan dan Faedah Kerja Berpasukan
1. Terdapat pelbagai kelebihan dalam kerja berpasukan.
2. Antaranya :
a. Memupuk sikap bekerjasama
b. Membuat Keputusan dan Penyelesaian Masalah
c. Sumber Manusia Lebih Produktif.
d. Membina Komitmen
e. Komunikasi Berkesan
f. Berkualiti
g. Semangat dan Motivasi
h. Mengurangkan Tenaga dan Kakitangan
i. Kepuasan Bekerja
Ciri-ciri Kerja Berpasukan
1. Terdapat beberapa aspek penting yang perlu ada untuk satu kerja pasukan yang mentap. Antaranya